Waktu saya berumur 14 tahun
saya pernah bertanya kepada rakan2 saya
"Apa itu Cinta" Hahaha..!! pelik tapi benar
Jawapan yang saya terima...
Cinta kepada Keluarga dan
Cinta kepada rakan-rakan..
-Wan Irne
Cinta itu Menyakitkan
Cinta itu Indah
Cinta itu bisa buat kita Sedih
Cinta itu bisa buat kita Gembira
-Suzierdahati
Cinta is Something special
datang dari hati...
kadang kala buat kita sedih
kadang kala buat kita gembira
membuat kita tenang dan damai
Cinta kepada Tuhan...
Cinta kepada Keluarga...
Cinta kepada Sahabar...dan
Cinta kepada Kekasih...
adalah sesuatu yang indah.
-Siti Nauwera
Cinta itu meluas seperti
Cinta kepada Ibubapa
Cinta kepada Tuhan
Cinta kepada Rakan2 dan
Cinta kepada Kekasih...
Tetapi andaikan saja
aku boleh menukarkan
perkataan Cinta kepada Sayang
pasti akan aku lakukan
kerna bagiku...
Cinta hanya layak
disimpan di dalam Hati
dan diisi oleh Seseorang
yang bernama Kekasih.
-Nellisa Syariza
Sometimes aku rasa
Cinta ni macam Superman
Sebab tiap2 kali kita dalam susah
dia pasti akan datang membantu
begitu juga sebaliknya
bila kita senang dia juga pasti akan datang...
Dan dalam satu masa
aku rasa Cinta ni macam Doktorlah pulak..
Sebab tiap2 kali ada yang terluka
dia pasti akan balut luka itu
sehingga iyanya kering..
-...???
Tetapi itu semasa saya 14 tahun
masih tidak dapat membezakan antara
Cinta, Sayang, dan Sahabat..
bagi saya semua itu adalah sama
tetapi hakikatnya tidak...
Insan yang kenal erti Cinta
adalah Insan yang pernah merasa
Mencintai dan Dicintai
oleh Insan yang lain.
Dan cinta bukan untuk
kanak-kanak yang berusia 14 tahun
kerna itu lebih tepatnya SAHABAT...
By: Siti Nauwera